Ditempat saya buah ni dipanggil buah petik ,diIndonesia dipanggil Timun Suri, diPerak dipanggil Timun Betik. Buahnya berbau wangi tapi tawar. Kalau nak makan kenalah dibuat cendol, dibubuh santan,gula dan garam. Selalunya dimakan dibulan puasa (semasa berbuka).Yang sesuai carilah yang merkah,kerana yang ni dah cukup masak dan lembut.
Beginilah isi didalam, gebu dan wangi.Bijinya dan kulit dibuang, isinya dicencang halus2.
Isinya dicincang halus
Kemudian dibubuh santan ,gula dan sedikit garam, janganlupa bubuh air batu...emmmm.
No comments:
Post a Comment