22 May, 2010

Buah Jangueh (Gajus)




Buah apa biji diluar....itulah buah jangueh(org kampung aku panggil). tempat lain depa panggil buah Gajus.Buahnya iaitu isinya boleh dimakan . Ia itu dipotong kedalam pinggan,pastu ditabur gula serta kicap diatasnya(boleh makan mentah). Bijinya tidak boleh dimakan mentah (jangan digigit kemulut kelak habis mulut tu berkudis,kerana getahnya berbisa) Kalau nak makan juga kenalah dibakar dulu.Letakan biji2 gajus yang telah dikompol diatas sekeping zinc,dan zinc itu diletak diatas tungku (jangan diatas dapur dalam rumah).Buatlah ditengah padang.Ambil sepelepah daun kelapa, diikatlah sampai hujung( buat jamo).Pastu bakar dihujungnya, letaklah dibawah zinc tadi.Setelah panas, api yang dibawah tadi akan naik keatas membakar getah biji gajus tadi.Jangan terlalu lama kelak hangus.Kira2 getahnya dah habis.Tebalekkanlah zinc tadi ketanah. Bila sejuk ketuklah biji gajus yang hitam2 tadi dan ambeklah bijinya....emmm kalau ada gigi sedapnya tak terkata.wangi dan lemak.



No comments: