Ubi beracun kalau tak pandai buat jangan makan.
Prosesnya agak rumit sikit.mula2 kupas kulit,dan dipotong nipis2. Pastu masukkan dalam bakul dan direndam dianak sungai mengalir, selama tiga hari, supaya racun yang ada didalam ubi keluar bersama air mengalir(sampai potongan ubi berwarna puteh).Selepas tiga hari, potongan ubi tersebut dibasuh dengan air garam dan dikukus. Ianya dimakan bersama kelapa parut dan gula merah.
30 March, 2010
29 March, 2010
Buah Setoi (sentol)
Masa muda berwarna hijau
Bila dah masak berwarna kuning
Masa saya kecik2 dulu, disuatu majlis kawin, saya penah tengok orang perempuan ramai2 mengupas kulit buah setui, kemudian dicincang halus2,bijinya dibuang. Masaknya macam tumis2 je, campur udang kering dan santan. Macam dalam gambar,lebeh kurang macam tulah
25 March, 2010
23 March, 2010
Ice Kepal
Dulu2 bila balek sekolah ,mesti pekena ice kepal, kat tengah ice tu dibubuh kacang merah, harganya masa tu 5 sen.
19 March, 2010
13 March, 2010
Umbut Pisang Hutan
09 March, 2010
Usung Rumah
Dulu-dulu kalau nak pindah diaorang usung je ramai-ramai, dimasaknya bubur kacang satu kawah dah cukup
05 March, 2010
04 March, 2010
Buah Nipah
Buah nipah boleh dimakan semasa muda (bijinya yang lembut) Tandannya boleh dibuat nira(dicantas dan ditadah dengan tuke buluh (tapi sekarang digunakan botol plastik sahaja). Nira boleh diminum terus. daripada nira boleh dibuat cuka dan manisan(cuka diperam manakala manisan dimasak sampai hitam).Daun nipah boleh dibuat atap,
Subscribe to:
Posts (Atom)