26 October, 2011

Umbut Palas

Bahari Ismail Bahan2
Umbut palas anggaran 10 perdu (ambil bahagian yg lembut sahaja)
6 - 7 ulas bawang merah ~ ditumbuk halus
1 s/k lada hitam biji ~ ditumbuk halus berasingan
1 ½ sudu besar udang kering ~ direndam & ditumbuk halus
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik yg dah ditumbuk (kerisik buat sendiri lebih sedap!)
garam & aji secukupnya . Cara2 Menyediakan
1. Umbut dicelur sehingga lembut kemudian toskan.
2. Gaulkan umbut bersama dengan bahan2 tumbuk yang telah disediakan. Tambahkan santan pekat, kerisik & bahan2 perasa secukupnya.
3. Gaul rata2 & sedia dihidangkan segera dengan nasi hangat & jika ada ikan masin lagi wallahh!!



sumbangan: Saudara Zainurin Saad (Kangar Dalam Kenangan)

1 comment:

iza said...

Assalam..
Kalau ambik umbut dia, tak ada la daunnya nanti..