15 June, 2011

Biji Getah

Dulu bila balik sekolah singgah dulu kat kebun getah. Aktiviti pelaga biji getah.Biji getah ditindeh atas belakang sama belakang dan dipukul dengan tangan.Sapa pecah dikira kalah.Kalau nak menang kena cari biji yang kecik dan lonjong.
Kulit biji getah(gambar bawah) boleh dibuat penangin(kipas yg berpusing) dengan cara disongsangkan kulit tersebut, dan dicantum keduanya.Peganglah dihujung tempat yg tajam dengan ibu jari dan jari telujuk dan ditiup, nescaya kulit itu akan berpusing ligat.

2 comments:

iza said...

Assalam..
Dulu2 suka jgk kutip biji getah utk buat penangin. Maklumlah masa tu, mainan tu saja yg free. Budak2 la ni dah tak tau nak merekacipta kraftangan mcm org dulu2...payah dah nak jumpa ladang getah mcm dulu2, semua pakat dok kat pekan.

Tok Pemgulu said...

Wsalam,
Dulu2 mana ada duit nak beli mainan,bawa belanja sekolah pun sekupang dua kupang ja.