Pokok rumbia..mungkin negeri lain, lain pula namanya. Banyak kegunaannya pada masharakat dulu.Rumah Moyang saya terletak ditengah2 hutan rumbia,jadi semuanya pakai rumbia, sampai buang air besarpun dalam hutan rumbia.Dulu2 mana ada jamban
Daun rumbia boleh dibuat atap,dilipat pada batang buluh atau batang pinang yang dibelah kecik2.Kemudian dicucuklah dengan kulit bemban yang telah dibelah halus2 juga.Diwaktu umur saya 5 tahu, s aya penah mengikut ayah dan ibu kehutan rumbia untuk membuat atap,dari pagi sampai petang, bawa bekal nasi lah.Ayah meleraikan daun nipah dari pelepah, saya mengompol dan membawa kepada ibu untuk dibuat atap.Bila petang kami pulang membawa atap yang dah siap dengan dikandar oleh ayah. Begitulah setiap hari sehingga siap sebuah rumah.
Batang rumbia yang telah tua,ditebang dan dibelah bagi makan ayam atau itek, kalau rajin disagatlah dengan penyagat yang dibuat sendiri iaitu dipakunya paku kepapan banyak,lepas tu disagatlah (ini kalau nak buat
sagu).
Buah rumbia ni rasanya masam2 kelat,boleh la dibuat jeruk kalau nak makan.
Para petani dikampung saya dulu2 membuat tutup kepala daripada kulit pelepah rumbia, untuk berlindung daripada hujan dan panas.
2 comments:
tutop kepala jeneh ni orang panggey TERENDAK
agaknya banyak buleh dapat di Melaka tempat askar buat latihan.
sebabtu kot orang kata KEM TERENDAK
Daun rumbia boleh dibuat atap,dilipat pada batang buluh atau batang pinang yang dibelah kecik2(TULANG ATAP)
batang buluh atau batang pinang yang dibelah kecik2(TULANG ATAP) nama dia MENGKAWAN kalau di Teganu depa tambah G di ujung tu, jadi MENGKAWANG
kalau di Hulu Teganu ada sebuah kampong di bagi nama KAMPONG MENGKAWANG, buleh jadi satu masa dulu di situ tempat orang amek mengkawan atap kot
Post a Comment