21 August, 2010

Buah Cenarai

Buah ni tak boleh makan....hanya untuk buat mainan (buat peluru senapang yang dibuat daripada buluh....yang di panggil Chuplong)

5 comments:

roger said...

assalammualaikum
Kat Penang kami pangge senapang tu 'pedepong'. Teringat masa zaman budak-budak dulu, habis baju berbintik-bintik kena buah cenerai. Budak-budak la ni mungkin tak kenai dengan permainan ni. La ni kat Penang nak cari pokok buah cenerai pun susah. Kampong pun dah habis, hutan apa lagi. Tak tau pulak buah ni tak boleh makan. Seingat saya, buah yang dah masak betui dan kering berwarna hitam, kami budak-budak makan buat macam makan asam ko.

terataksenja said...

Oitttt hanpa makan ka.....lagu mana rasanya!!!!!

roger said...

Makan suka-suka saja, sebiji dua aje bukan lah makan macam makan buah keriang dot. Rasa dia lebih kurang rasa buah keranji. Dalam buah ni banyak pulur, jadi yang boleh dok 'ghise' (hisap kot bahasa standard)bahagian luar saja. Tu pun buah yang dah masak berwarna hitam. Kalau ikut standard biasa memanglah ia dikategorikan buah yang tak dimakan orang tapi tak lah beracun. Macam juga buah senduduk, orang tak makan kot. Kami masa zaman bebudak dulu buah tu pun kami tibai, habis biru lidah bukan sedap pun. budak-budak semua nak rasa. Tu semua dah jadi kenangan. Nak tunjuk kat anak tempat dok main, belukar tempat dok lastik burung, cari spider semua dah tak dak. Kampong-kampong Melayu kat jelutong, Penang, satu demi satu dilupuskan (termasuklah kampong saya yang mula-mula hilang dari peta dunia) Sahabat-handai (termasuk lah marka-marka kampong) tang mana dok ada tak tau la, habis lari cempera bawa diri. Kat KL ni apa yang ada, hutan batu, kat taman perumahan pun tak boleh cari pokok cenerai. Maaflah agak panjang dan emosional almaklumlah bulan puasa, semua orang teringat kampong dan yang mana ada kampong mungkin dah dok terbayang-bayang nak balik kampong. Kepada pak Umaq @ tok pengulu selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53.

Anonymous said...

sudap jgak buah cenerai ni yang nak masak tu , stgh hijau dan stgah hitam . tpt saya ada lagi di Pendang /Padang Terap

Anonymous said...

buah ni memang sedap.. selalu sya makan masa di kedah dulu.. masalah dia cuma satu, hehe.. time nak 'melabur'... seksa...