Kueh Dulu2

TEPONG TALAM
Bahan2
Untuk Lapisan Bawah:
1 cawan (200ml) tepung beras
2 1/4 cawan air sejuk
1/2 keping gula melaka (rebus dengan air)
sedikit air kapur (1/2 sudu teh)
Semua bahan disatukan, panaskan dalam loyang, kacau perlahan sehingga agak-agak beku.
Kukus seketika.
Untuk lapisan atas:
1 1/2 cawan santan (lebih kurang 180gram)
2 sudu teh tepung beras
1 sudu teh tepung ubi
1/4 sudu teh garam
Satukan bahan di atas. Tuangkan di atas lapisan bawah yang telah masak.
Kacau perlahan-lahan hingga pekat. Kukus sehingga masak.

PULUT DAKAP
 
Bahan2
600 gm pulut
300 gm kelapa 20 keping daun pisang
Sedikit garam
Cara:
Pulut dicuci bersih, tuskan airnya. Perah santan anggaran 5 gelas dimasukkan dalam periuk dan masuk pulut. Perlahankan api dan masuk garam, kacau pulut sampai kering. Ambil daun pisang letakkan pulut di tengah-tengah, ambil sekeping daun pisang lagi dan balut hingga kemas. Buat sampai habis dan ikat dua-dua berdakap. Kemudian rebus lagi selama 45 minit.

TEPUNG BUNGKUS
Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang
Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula

1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan
Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.

Kueh Dangai

Bahan-bahan

150 g tepung pulut (1 1/2 cawan )
150 g kelapa parut putih (1 3/4 cawan )
1/2 sk garam
30 g air
100 g gula melaka*- dihiris halus (atau gula hitam/gula tanjung )
30 g kelapa parut putih*

Cara-cara Bakar dalam loyang
1.Gaul 4 bahan pertama hingga rata tapi masih bederai dan dibahagi 2.
2.Gula melaka dan kelapa parut putih* digaul rata dan ketepikan.
3.Loyang disapu sedikit minyak sekeliling,isikan dengan 1/2 bahagian adunan tepung tadi,ratakan dan tekan perlahan dan mampat dan bubuh campuran gula melaka dan ratakan.Akhir sekali ratakan pula 1/2 bahagian adunan lagi dan ratakan dan tekan perlahan2.
4.Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pd suhu 150C selama 30 min atau hingga permukaan kuih kelihatan garing.
5.***Untuk lapisan pertama,selepas dimampatkan, akak bakar sebentar selama 5-7 min(resipi asal tk bakar),baru lapis dgn gula melaka dan lapiskan adunan tepung kedua..
6.Sejukkan kuih dan potong dan hidangkan...kuih ini lebih mudah dipotong ketika masih hangat sebab masih lembut.

Lempeng Pisang

Kueh Qasidah
Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum.
1 cawan gula
4 cawan air
sedikit garam.
5 ulas bawang merah India - lebih rangup (dihiris, digereng dan *diketepikan seketika)
*Masukkan sedikit minyak supaya nampak berkilat.


Caranya:

1. Kisar semua bahan (tepung, gula, air dan garam) hingga sebati.
2. Masukkan sebatian dalm periuk dan kacau hingga sebatian menjadi pekat, likat dan sedikit keras.
3. Tuangkan sebatian tersebut di dalam loyang dan biarkan sejuk.
4. Taburkan bawang goreng di atas sebatian tadi hingga rata.
5. Boleh dipotong dan dihidangkan untuk juadah berbuka.

Read more: http://azilas.blogspot.com/2011/08/resipi-qhasidah.html#ixzz1UWdCAsoN