27 October, 2010

Buah Asam

Buah asam jawa
Putik asam
Boleh dibuat sambal belacan (campur cili, belacan dan garam) kemudian bahan2 tersebut ditumbuk sekali dengan putik asam yang belum berbiji didalam lesung batu. Kalau nak tahan lama sambal tersebut ditumislah dengan minyak. (Dulu2 tak ada peti sejuk)
Asam Mengkai
Diwaktu ni buah asam dah cukup tua tapi belum masak. bila kita gores kulitnya dengan kuku dia akan berwarna kuning. Dan kita boleh kopek kulitnya dengan kuku. isinya dah berwarna kuning dan bijinya berwarna hitam. Masa ni boleh la kita buat cicah garam belacan (dipotong2 dengan kacip sireh), atau pun boleh juga dibuat ayak asam, dengan cara dibakar dulu sekejap asam tersebut diatas bara api, lepas tu dibuang kulit untuk di buat ayak asam. Asam mengkai ni juga boleh dibuat ubat (kaki makan ayak) kata orang utara la. Iaitu asam yang di bakar tadi dilumur kat celah2 kaki yang kena penyakit tadi.
Asam Masak.
Bila asam dah masak isinya dah berwarna coklat. Kegunaanya biasalah, bubuh dalam masakan atau pun buat ayak asam, buat obat batok. Untuk tahan lama disimpan , bijinya dibuang, dikepal dan dibungkus dengan upeh pinang. Digantung la diatas para. Biji asam boleh dimakan, dengan cara digoreng dahulu (tanpa minyak). Masa kami pi mengaji Quraan itulah bekalan yang kami bawa. Keras berdenting tapi wangi.


1 comment:

Shah said...

Baru la saya tau yang buah asam mengapoq boleh jadi ubat kaki makan cekam.