Dipetik daripada kitab Tajul Muluk
Terjemahannya:
Mula2 diambil beras satu kal ertinya setengah cupak, maka ditumbuknya jadi akan tepung dan kulit manis qadar telunjuk panjangnya dan besarnya pun demekian jua dan akar manis pun demekian jua dan pucuk birah hitam yang bulat pun demekian jua dan daun terung besar barang lima daun dan bawang putih dua buah jika kecil dan jika besar jadi satu maka semuanya dijadi akan tepung maka dicampur dengan tepung beras kemudian maka dibulat2 besar2nya qadar hujung jari tengah dan masaknya segantang beras dan jika besar qadar hujung jari kitak masaknya dua cupak beras jua.

9 comments:
As salam..
Tak pernah lg tgk org buat ragi.Beli je kat nat. Kitab lama tu...Kat mana boleh dapatkan kitab tajul muluk? Sebelumni, dengar je ustaz sebut nama kitab tu...
Kitab ni pesaka dari arwah mentua saya..dia keterunan Banjar..dah tak ada orang yang nak...saya simpan je kitab ni...kat kedaijual kitab lama2 mungkin ada jual..ang tau ka baca?, ejaan dia pun berbelit2
As salam.. sy minat betul kitab tajul muluk ni.. susah mau cari.. agk2 nya leh x sy dapatkn salinan dr tuan rumah ni?..
tajul muluk adalah antara buku yang diharamkan oleh kementerian dalam negeri
Betui ka...kalau lagu tu nanti aku buang je lah. Tapi pasai pa na...bukannya ada cerita pasai buat bom....
Tajul Muluk haram mesti ada sebab? Adakah sebab orang yang haramkan Tajul Muluk tak reti baca kitab tersebut?
salam,teratak senja,boleh saya dapatkan kitab tajul muluk yg asli tg ada dlm simpanan tuan.sila hubungi saya dgn segera.0192513605,PN HANA,KL
Banyak peminat nampak....buleh la buat bisness ni.Nanti kena tangkap nayaaa.
Salam, En.Teratak Senja, msh ada lg ke kitab ni..mcm x percaya..sbb nenek sy kata susah nak dpt kitab ni..dulu kawan dia ada tp dah koyak dan hilang2 dah..pernah nenek bgtau sy kalau ada belilah..bnyk petua dlm tu..kalau msh dlm simpanan tuan..boleh x hubungi sy dgn segera Julia 017-2385085
Post a Comment