Yang tempurung tu kepol (4 kepol 1 cupak), yang tengah cupak (4 cupak 1 gantang).Yang besar tu gantang( Satu gantang beras untuk bayar fitrah)
Membayar fitrah dengan wang adalah TIDAK SAH mengikut MAZHAB SYAFIE jika diniatkan wang menjadi zakat fitrah seperti diniatkan “Wang ini fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang tanggunganku”. Tetapi HARUS digantikan makanan dengan wang dan hendaklah diniatkan seperti berikut: “Wang ini ialah ganti beras fitrah yang wajib atasku, bagiku dan (orang-orang) tanggunganku – pada tahun ini".
Untuk lebih memahami sila layari:http://jomfaham.blogspot.com/2009/10/hukum-mengeluarkan-zakat-fitrah-dengan.html
1 kati = 600gram
4 tahil = 150 gram
8 tahil = 300 gram
2 kepul = 1 kal (450 gram)
2 kal = 1 cupak (900 gram)
4 cupak = 1 gantang(3.6 kilogram)
16 gantang = 1 nalih (57.6 kilogram)
10 nalih = 1 kunca (576 kilogram)

4 comments:
As salam..
Dah lama tak tgk gantang dgn cupak.
Masa kecil2 dulu ja nampak benda ni tambah2 time nak mula posa.
Kalau cupak tu selalu la dok sukat beras nak menanak hari2..
tok..ada silap sikit tu..tak kan 4 cupak=1 gantang (306kg) kut..ke 3.6kg?
Terimakasih Mamaina...tersilap taip...la tu...dah tua2 ni mata pun dah tak berapa keleh.
1 gantang tu bersamaan dengan 306g atau 306kg
Post a Comment