04 February, 2011

Buah Belinggai

Pokok belinggai dan buah muda.Teringat masa dulu2 arwah ayah selalu membawa buah ni ke market(pasar basah) untuk dijual, harganya hanya 10 sen dan 20 sen sahaja.

Buah muda kiri(kulit masih hijau dan isinya masih berwarna putih)sesuai untuk cicah garam belacan sahaja, rasanya masih kelat. dan buah yang dah masak kanan(kulitnya dah berwarna choklat).

Ni buahnya yang dah masak akan gugur dengan sendiri ketanah, isinya berwarna coklat juga, banyak sebelah tempurung, dan ditengahnya bercampur2 dengan biji.Nak makan kenalah dipecahkan dengan parang, atau pun dihempaskan keatas kayu atau batu supaya pecah.cara makannya, boleh dimakan begitu sahaja,ataupun dicampur dengan santan,gula dan sedikit garam.


20 comments:

ilahjy said...

masaAllah t.kasih dgn N3 ini.. saya dok cari lama dah buah niii nak makan tak dpt laa dah 20 tahun dah... mana nak ada di KL ni.. nama pun dah lupa.. cuma benih timun susu ker timun apa tah dah dapat dah biji benih dia dari teman dlm blog lah.. dia poskan biji2 benih tu..
saya nak minta jasa baik saudara BR poskan sebiji pun jadi lah kat saya di Keramat ni .. nanti saya bank in kos semua ya..kalu boleh pos tolong jawab kat kotak shout saya ya..t,kasih ya...makan dgn santan mmg sedappp dekat tekak dah niii..huhuu

Tok Pemgulu said...

He he...macam mana nak pos saya pun kat KL gak...dah 40 tahun tak nampak bayang buah ni...pokok kat kampung pun dah tumbang..habeh

ilahjy said...

hahah kesian kita kan tok..maaf tersilap taipan nama BR saya selalu masuk blog yg berkaitan alam.. jadi tersilap taipan laa..nak kena tanya mak saudara la pula..dok ingat pokok sendiri tadi.. puhh kalu dpt makan mmg sedap tuu rasa dia ada kelainan..termasuk timun susu.. huhuu

Shah said...

Oh rupanya Tok Penghulu sudah jadi orang KL.

Buah ini banyak terdapat di Sri Lanka, mereka panggil Wood Apple. Nama lain kalau tak silap ialah Bael. Juice buah ini mereka komersialkan - mmg sedap. Di sana peknga/kesot pun hidang di resort hotel 5 bintang.

sanjay said...

Hi...buah belinggai ni banyak khasiatnya.Dah lebih 35 tahun saya tak nampak buah ni.ketika mendiang ayah saya kerja kat Pulau pinang selalu bawa buah ni masa balik ke Perak..Kat mana di lembah kelang ada jual buah belinggai?

Tok Pemgulu said...

Selangor mana ada buah belingai

norfadzilah said...

nk tanye ade jual lg tak buah belinggai nie?agak2 sng tak nk cari buah nie?sy student..nk kene wat final year project brkaitan buah2 nadir..nk kene cri buah n proses sndri..product development..

Tok Pemgulu said...

Dekat Perlis ada ...kalau nak mintak tolong pada anak2 Perlis cuba masuk dalam group "Kangar Dalam Kenangan" di FB...mungkin kawan2 saya boleh tolong cari.

Anonymous said...

Dekat depan mata ni pun ada buah ni. Kami ada tanam tapi belum berbuah lagi. Cuma ambil dari kawasan berdekatan aje..

Unknown said...

Saya tinggal di Melaka. Saya telah rasa buah bellingai ini masa saya kecil pada zaman 60an. Walau pun saya telah mencari buah ini selama ini saya tidak mendapat nya sehingga sekarang. Akan saya sukacita sekiranya saya diberitahu di mana atau macam mana saya boleh mendapatkan buah ini.

Avit Vasarn said...

Pokok Belinggai sebagai nama tempatan dan nama saintifiknya LIMONIA ACIDISSIMA atau juga dikenali sebagai WOOD APPLE dan MONKEY APPLE..
ada satu lagi species yang mirip dengan Pokok Belinggai yang mana nama saintifiknya adalah HESPERETHUSA CRENULATA.
Dalam satu Journal, saya terbaca mengenai TANAKHA. tanakha adalah sejenis tanaman kebanggaan negara Burma. Kulit dari batang pokok Tanakha dijadikan serbuk sebagai bedak sejuk dan memiliki nilai perubatan kosmetik yang tinggi. Tanakha sangat sinonim dengan budaya masyarakat Myanmar(Bamar). Menerusi journal itu juga, Tanakha dekenali sebagai LIMONIA ACIDISSIMA. Buat pertama kalinya saya tengok dan dengar pasal buah belinggai walaupun buah ni menjadi makanan datuk nenek kita dulu, mungkin pokok Belinggai adalah pokok Tanakha? So, saya confuse. Kalau korang ada kepakaran dalam bidang nursery, tolong share kepada saya tentang Tanakha dan pokok Belinggai.

Avit Vasarn said...

please tolong share, macam2 saya laji pasal dua jenis tanaman ni.. tapi masih mengelirukan...

daeimuslimah said...

Sy baca post tuan ini pd tahun 2020 time covid19😂. Buah ni selalu sy makan adik beradik masa kecil di perlis tahun 90an. Sedap rasa kekacang. Sebab teringat2 buah ini sy pun membuat carian dan membaca post ini. Sy pun dh lama menetap di KL. Tanya pd mak..katanya mungkin ada lagi.

CIKGU RAZALI said...

rasanya mvm mana

CIKGU RAZALI said...

rasanya manis ka masam

Azira 2Much Photographer said...

Bila post ni... Saya lama cari benih buah ni... Mcmna nak contact tuan. 0194791440 klau tuan baca mesej saya ni.

Unknown said...

Rasa memang sedap.last Makan dahbkebih 30 tahun lalu.

Unknown said...

Mana nak dapat buah ni..
Lama dah mencari

Anonymous said...

Cari kedai India..kat sungai petani ada kat mutayyas

Archie said...

Orang jawa panggil buah ni Kawis...dkt rumah arwah nenek di sabak bernam ada pokoknya...dh jadi rumah tinggal yg roboh di tengah2 kebun kelapa...seram nk masuk...so berangan jer lar nk carik buah tu balik...