11 November, 2010

Burung Sintar (sintaq)

Orang kampung saya pangil burung sintaq, sama saiz dengan burung wak-wak, tapi dia lebeh sedap lagi dan tulangnya lembut jika dibandingkan dengan burung wak-wak. Cara menangkapnya juga berbeza. Pada waktu petangnya kita kena cari sekelompok hutan. Kemudian kita kena pasang pengapeh iaitu dinding(diperbuat daripada daun ibus) disekeliling hutan seperti huruf V. Dan dipenjuru antara dinding itu dipasang bubu besar (lukah). Dan ditiuplah pipit sintar tu diwaktu malam sampai kepagi. Bila pagi ajaklah dua tiga orang untuk menghalau burung tersebut kearah bubu, sambil memukul2 belukar. Yang mana terlepas kebelakang, habuan kamilah...dengan lembing mata dua (diperbuat daripada lidi basikal) kami sudah bersedia untuk menikam burung tersebut. Sebenarnya burung ni dah mengantuk, kerana malam tadi dok berjaga mendengar alunan pipit yang merdu tu. Bila ayah2 kami dok halau dengan batang kayu, dia berlari kesana kesini kerana takut, bila berhenti saja dia pun tertidur, dimasa itulah anak2 kampung yang tak tau erti takut ni mengambil kesempatan. Perlu diingat didalam hutan pun banyak binatang2 bisa seperti ular tedung dan ular kapak ,tapi semua tu dah tak terlintas difikiran kami kerana terlalu seronok mengendap BURUNG SINTAR. Yang mana masuk bubu habuan orang tua2 lah.Yang mana terlepas kebelakang habuan kamilah.

6 comments:

roger said...

Assalammualaikum

Memang betui tok pengulu, daging burung sintaq memang sedap tak boleh celen. Saya pernah rasa sekali, tu pun lebih empat puluh tahun yang lampau. Saya masih kecik lagi time tu, entah macamana sekoq burung sintaq ni terlepas masuk dalam rumah maka jadilah habuan kami sekeluarga, makan sorang sikit..tu pun rasa sedapnya masih terasa sampai kehari ini. Bukan nak temberang tapi itu lah kenyataannya. Kalau orang boleh bela burung puyuh secara komercialize kenapa tidak dicuba pada burung sintaq. lebih-lebih lagi burung ni dah semakin pupus. Saya pun tak pernah tengok burung ni hidup-hidup, nasib baik tok pengulu postkan gambarnya. Cantik juga burung ni. Saya berharap supaya spesis burung ni termasuk dalam kategori 'protected'untuk menjamin keujudannya. Kalau orang kampong nak tangkap sekoq dua tak salah kot noo...nanti marah pulak orang kampong kat saya.
roger.

Tok Pemgulu said...

Terimakaseh Roger...betui kata hang tu...dekat Selangor aku tak penah tengok lagi...wak-wak tu banyak...

iza said...

Salam tok....
Terima kasih letakkan link kat situ....

Anonymous said...

setau saya burong sintag ni jeneh makhlok mata merah, siang mengantok malam bejaga
kalu cari burong ni siang hari memang takjumpa pon(melainkan dah diusaha semalam, siang tu ada la dia)
pengalaman saya ajok burong ni, dia ada jemalang, kalu hati tak keraeh lebih baik jangan dok pi.
Sebelom burong tu mai, dia ada jemalang mai dulu, buleh nampak pukat begoyang ada bunyi rempohan dan bulu tengkok rasa meremang, pi tengok di pukat habok pon tadak, tapi takpa, hang sabag sat.. lepaeh tu kalu ada rezeki beberapa ekog burong akan rempoh...
kawe berani poo kawe lari.. berani gapo gitu

Unknown said...

Btol tu anonymous.. sy dngar mcm tu jugak

Anonymous said...

Tak pernh tgok burung sintaq tapi arwah tok suka sebut tudiaa. mata mcm burung sintaq....taktaula pulk kata boleh mkn