16 July, 2010

Serunai Batang Padi

Pernahkah anda meniup serunai yang diperbuat daripada batang padi. Ianya betul2 dibuat daripada batang padi. Mula2 pilehlah batang padi yang agak besar sikit, sebelah atasnya ada buku, dan sebelah bawahnya biar terbuka, dibawah buku sebelah atas batang padi tu dipicit2 supaya pecah, kemudian kita tiuplah batang padi tersebut yang sebelah buku tu. Kalau nak bagi kuat bunyinya dibuatlah serombong dengan daun IBUS. Bunyinya tak le sedap sangat tapi boleh laaaa....dah tak ada yang lain.  

4 comments:

Shah said...

Mak Menakan saya panggil liliup benda ni. Katanya meniup liliup menghalau semangat padi.. tak taulah dari mana datangnya kepercayaan itu.

terataksenja said...

Ye laa!!! lain padang lain belalang.Lain tempat lain pulak kepercayaannya.

Anonymous said...

Best la. saya buat tak bunyi. kena mak gak buat. anak2 cukup suka bila tok depa tunjuk.

terataksenja said...

Ya sesuatu yang takkan ada lagi....dimasa hadapan...akan lupus dan lenyap.