31 July, 2010

Pucuk Mentalun

Jenis pokok membesar, ranting berlapis macam pokok ketapang, pucuknya boleh dimakan (untuk campuran nasi ulam).

30 July, 2010

Pokok Maru





Daun maru boleh dibuat pembungkus tapai pulut....kerana daun lebar

28 July, 2010

Bunga Nangla

Pokok nangla jenis tumbuh besar...hanya bunga saja boleh dimakan iaitu dengan cara dibuat jeruk ( macam jeruk maman).
Bunga Nangla
 
 
 
Jeruk Bunga Nangla

Buah Larak


Hijau, kuning dan merah (peringkat matang buah Larak)
Pokoknya Larak hidup menumpang dipokok lain...menjalar dan membelit kepokok induk yang besar2...berbuah dihujung dahan.Waktu muda buahnya berwarna hijau..dan bila masak berwarna merah.Buah muda ataupun sedikit tua(bijinya dah hitam) boleh la buat cicah garam belacan. Yang masak boleh la dimakan begitu sahaja kerana dah lembut, bersama2 biji sekali (terimakaseh fazlisyam.com kerna bagi pinjam gambar)

Buah Kedepiaq

Buah ni bulat macam pinggan dan leper...pokoknya macam pokok mempelam...rasanya masam2 manis gitu...kalau muda tu boleh la buat cicah garam belacan. Masa saya kecik2 dulu kat kampung pokoknya sudah sepemelok.Mungkin sekarang sudah tidak ada lagi.....sudah pupusssss.......

27 July, 2010

26 July, 2010

Pokok Bemban

Kulit batang pokok ni sebenarnya digunakan untuk mengikat benih2 padi supaya senang dibawa kepetak tanaman, Tapi sekarang zaman dah berubah...orang dah tak pakai cara ni lagi. Depa dok taboq terus ka petak semaian. Juga pokok ni boleh juga dibuat pencucuk untuk membuat atap rumbia atau nipah. Dulu2 kalau mata terasa kelabu je...cabutlah pucuk bemban...dan teteslah air yg ada didalam pucuk tu kemata....tapi la ni jangan dok buat....udara kita dah tercemar...mungkin banyak asid2 bahaya yang terkandung didalam pucuk tersebut.Ada satu lagi jenis yaitu bemban hutan....boleh buat bakul ....kerana ianya sedikit keras.


24 July, 2010

22 July, 2010

Pokok Kesinai(streblus asper)


Dulu pokok ni tak dak harga langsung, dok bagi makan kambing je ,tapi sekarang bila aku balek kampung nak cari sepokok pun payah. Habis depa dok korek buat pokok Bonsai.

18 July, 2010

Pokok Bongok (Lagerstroemia specious)

Kat kampung aku orang panggil pokok bongok (mungkin nama dalam buku Bongor kot) .Pokok ni dah jadi pokok perhiasan sekarang ditepi2 jalan. Dulu2 kalau nak korek telaga depa cari tang mana ada tumbuh pokok bongok , tang tu lah ada mata ayaq.....petua orang tua2 dulu la...

16 July, 2010

Serunai Batang Padi

Pernahkah anda meniup serunai yang diperbuat daripada batang padi. Ianya betul2 dibuat daripada batang padi. Mula2 pilehlah batang padi yang agak besar sikit, sebelah atasnya ada buku, dan sebelah bawahnya biar terbuka, dibawah buku sebelah atas batang padi tu dipicit2 supaya pecah, kemudian kita tiuplah batang padi tersebut yang sebelah buku tu. Kalau nak bagi kuat bunyinya dibuatlah serombong dengan daun IBUS. Bunyinya tak le sedap sangat tapi boleh laaaa....dah tak ada yang lain.  

Kerabu Bunga Dedap

Masa kecik2  dulu saya penah dengar bunga dedap boleh dibuat kerabu....kalau ada kawan2 yang tahu resepinya boleh la kongsi bersama !!!!!!

11 July, 2010

Novel Desa Pingitan dan ( Penulisnya Tuan Haji Ibrahim Omar)


Novel ini telah memenangi hadiah Peraduan Mengarang Novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan dipilih menjadi buku teks wajib di sekolah-sekolah menengah bagi Sijil Pelajaran Malaysia dari tahun 1966 hingga 1968.

07 July, 2010

Buah Kundur(Benincasa hispida)


t


Halwa kundur...nak buat senang je ..buah ni dikupas dan dipotong halus..dan direndam dengan air kapur semalaman.Besoknya buang air dan basoh. Kemudian rebus. bila agak2 dah masak, buang air(tos)....pastu masukan gula, dandikacau2 sampai kering...pastu jemurlah sampai nampak timbul gula puteh2...ni nak habaq bagi....orang kecing manis tak boleh makan.

Sujud

Sujudlah kepada Allah di mana saja kamu berada

Kandar Durian

Beginilah caranya durian2 dibawa turun dari dusun yang tinggi diatas banjaran gunung. Terpaksa kandar diatas bahu, menuruni jalan2 sempit dan curam.Begitulah hakikatnya yang pernah saya lalui bersama arwah ayah membawa hasil dusun arwah dato'kembali kerumah.......saya hanya mampu membawa dua biji durian sahaja (itupun sudah dibuang duri)kami panggil durian itek.masa tu umur saya baru tujuh tahun.

04 July, 2010

Kueh Karas


Bahan-bahannya:

Tepung beras 480 gm
Gula 4oo gm
Air Panas 560 gm
Minyak masak 2 senduk

Cara-cara membuatnya:
Larutkan gula didalam air panas. Campurkan sirap panas dengan tepung beras sedikit demi sedikit untuk mendapatkan adunan yang pekat dan licin. Biarkan adunan dalam suhu bilik selama 20-30 minit. Panaskan minyak didalam kuali. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan kuihkaras dan pusingkan acuan tersebut untuk menghasilkan satu lapisan nipis, berbentuk jala didalam minyak panas.
Apabila warna keperangan diperolehi, lipatkan kuih menjadi setengah dan biarkan sejuk didalam piring.

02 July, 2010

Lempok Durian

Ulas-ulas durian (dengan biji sekali) dikacau didalam kuali

Ini dah separuh masak(biji telah dibuang), boleh dimakan tapi tak boleh disimpan,nanti dia bercendawan.
Masaklah sampai berwarna coklat, barulah tahan lama untuk disimpan
Lepas tu digentel panjang2, dan dibungkus dengan plastik( kalau dulu2 dibungkus dengan upeh pinang ,kemudian digantung diatas para dapur supaya sentiasa kena asap dan tahan lebeh lama).