30 March, 2010

Ubi Gadung (Ubi Beracun)

Ubi beracun kalau tak pandai buat jangan makan.
Prosesnya agak rumit sikit.mula2 kupas kulit,dan dipotong nipis2. Pastu masukkan dalam bakul dan direndam dianak sungai mengalir, selama tiga hari, supaya racun yang ada didalam ubi keluar bersama air mengalir(sampai potongan ubi berwarna puteh).Selepas tiga hari, potongan ubi tersebut dibasuh dengan air garam dan dikukus. Ianya dimakan bersama kelapa parut dan gula merah.

29 March, 2010

Buah Setoi (sentol)


Masa muda berwarna hijau

Bila dah masak berwarna kuning


Masa saya kecik2 dulu, disuatu majlis kawin, saya penah tengok orang perempuan ramai2 mengupas kulit buah setui, kemudian dicincang halus2,bijinya dibuang. Masaknya macam tumis2 je, campur udang kering dan santan. Macam dalam gambar,lebeh kurang macam tulah

25 March, 2010

Buah Terung Susu Kambing (Solanum Mammosa)


Kabarnya boleh buat obat darah tinggi dan kencing Manis(buah di rebus dan diminum airnya)

23 March, 2010

Ice Kepal

Dulu2 bila balek sekolah ,mesti pekena ice kepal, kat tengah ice tu dibubuh kacang merah, harganya masa tu 5 sen.

19 March, 2010

Cemumar (Micromelum pubescens)

Pucuk dan bunga boleh dibuat ulam, rasanya pahit2 lemak.
Tapi  buah tak boleh makan!!!!!!!

13 March, 2010

Umbut Pisang Hutan







Pisang hutan yang muda(belum berbuah) dibelah ambil umbutnya, kemudian dipotong pendek2 dan buanglah urat getahnya (yaitu) dililit2 pada jari satu persatu.Pastu boleh dibuat perencah dengan gulai daging atau ayam. Selain pada tu boleh juga dibuat sayur dengan mentarang, buat kerabu dgn perut lembu.

09 March, 2010

Usung Rumah

Dulu-dulu kalau nak pindah diaorang usung je ramai-ramai, dimasaknya bubur kacang satu kawah dah cukup

04 March, 2010

Buah Nipah

Buah nipah boleh dimakan semasa muda (bijinya yang lembut) Tandannya boleh dibuat nira(dicantas dan ditadah dengan tuke buluh (tapi sekarang digunakan botol plastik sahaja). Nira boleh diminum terus. daripada nira boleh dibuat cuka dan manisan(cuka diperam manakala manisan dimasak sampai hitam).Daun nipah boleh dibuat atap,

Buah Goncaq (goncar)

Buahnya kechil2 sahaja, bila masak warnanya merah,rasanya masam2 manis. gitu!!!!!