06 April, 2010

Ringgi

Diperbuat daripada padi pulut muda (yang maseh hijau dan bersusu). Direlai daripada tangkai dan digoreng2 dalam kuali tanpa minyak sehingga susu padi tadi sudah membeku.Kemudian angkat dari kuali dan sejukkan(satu malam) Kemudian barulah ditumbuk didalam lesung, untuk menanggalkan kulit padi tersebut. Lepas tu ditampi, untuk mengasingkan Isi padi (ringgi) daripada kulitnya.Kalau nak sedap bungkuslah dengan daun pisang.Wangi dan lembut rasanya, dimakan begitu saja bersama kopi panas...ommmm

2 comments:

Melati Desa said...

ni gambar ringgi ye. kalau da byk lg gmbr lain mknan popuar/utama/tradisional perlis, mohon emelkan pada saya. susah betul nak cari gmbr ringgi ni. sy nak copy gmbr ni. untuk siapkan asgment. terima kaseh yee.

emel : redtaurus_88@yahoo.com

terataksenja said...

Silakan Che Melati, layarilah blog saya ada banyak lagi makanan tradisional Perlis.