30 May, 2010

Garam Belacan


Nak buat garam belacan senang je. masukkan tokyu(kicap) gula.garam, belacan dan cabai dua tiga biji, pastu tumbuk. Cicah le petang-petang atas pelantak. Buah pelam muda ka, buah asam mengkal, buah rotan kampung, buah limau, buah larak muda, buah mera ,buah jambu dan macam lagi lah.

6 comments:

Shah said...

Masa saya budak2 dulu selalu juga ikut mak sedara menyicah. Garam belacan bergantung kepada apa buah yang kami makan. Kalau buah kekabu kamu guna cuka yang dicampur belacan dan garam. kalau buah betik cicah dng air asam (untuk menyicah). kalau buah cermai kami buat pincuk saja. sedap sangat! Blog Encik banyak menggamit kenangan silam. Rasa macam ingin balik ke zaman kanak2 dulu mandi air telaga, sauk anak-anak, berenang dalam belida, masak dapur kayu, tangkoi ikan dll

terataksenja said...

Buah kekabu!!!!!oitttt....boleh makan ke.setau saya buah kabu dibuat bantal...duri kekabu...buat obat bisul

ilahjy said...

ya betoi buah kabu kami makan..sama cara dgn shah.t.kasih shah krn ingatkan saya pencicah kabu tuu..ingt makan dgn air asam jer..

mamaina said...

alamak...bila shah sebut pincuk terliur la plak... dah berpuluh tahun tak jumpa pincuk. ada resepi tak tok?

terataksenja said...

Tu keja orang pompuan makan lagu tu....orang lelaki tumpang cicah boleh ....la

Shah said...

Kalau jumpa buah kabu yg muda cubalah (yg belum berkapas). Suruh la isteri ka, anak perempuan ka atau menantu sediakan. Caranya kupas kulit kabu, hiris nipis dan cicah dengan cuka nipah yang diletak belacan dan sedikit garam. Seingat saya, memang sedap sangat.