KETUM MERAH & KETUM HIJAU. Pokok ketum tumbuh semulajadi di hutan-hutan seperti di Perak, Kedah, Perlis dan Trengganu. Nama saintifiknya Mitragyna specios dari keluarga Rubiaceae. Di sesetengah tempat ketum dipangil pokok biak.
Masyarakat tradisi mengunakan daun ketum untuk membantu menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat berkerja. Ia dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.
Daun ketum juga digunakan untuk merawat ketagihan dadah, tetapi penggunaan yang berlebihan boleh memberi kesan ketagihan terhadap bahan berkenaan.
Daun ketum yang dikeringkan dan direbus digunakan untuk mengembalikan tenaga batin. Selain dari dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah.
Rebusan daun kering dan akarnya pula digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.
1 comment:
Estoy investigando toda informacion relacionada con el kratom comprar capsulas de suplementos basados en su sutancia activa y demas argumentos sobre su legalidad.
Post a Comment